Tuesday 5 March 2013

:: Pengenalan Kepada KOHAWA ::

KOPERASI USAHAWAN WANITA MALAYSIA BERHAD (KOHAWA) W-6-0391

Matlamat penubuhan KOHAWA ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip Koperasi.

Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada Usahawan Wanita yang menceburi bidang-bidang perniagaan terutama kecantikan, hiasan dalaman, katering dan peralatan komunikasi.

Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah:
a) warganegara Malaysia
b) 18 tahun ke atas
c) bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini dan
d) tiada rekod jenayah / bankrup etc.

Fi keanggotaan = RM10
Syer keanggotaan = RM100

Fungsi utama Koperasi ialah PERKHIDMATAN. Selain daripada itu, antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan:

1. menjalankan perkhidmatan salun kecantikan dan SPA, khidmat penyajian makanan (katering), khidmat pengurusan, hiasan dalaman dan hiasan taman, pengedaran barangan aksesori wanita dan jualan peralatan telekomunikasi;

2. menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan;

3. membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagarkan, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;

4. melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut Seksyen 54 Akta;

5. mengadakan subsidiari menurut Seksyem 19 Akta dengan kelulusan SKM;

6. menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain; dan

7. mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung perwakilan

No comments:

Post a Comment